Paul Walker
Pelakon yang memegang watak sebagai Brian O’Conner dalam siri
filem popular “Fast and Furious” Paul Walker yang berusia 40 tahun
dilaporkan meninggal dunia petang Sabtu selepas terlibat satu kemalangan
ngeri membabitkan kereta model Porshe Carrera GT yang ditumpanginya
Menurut laporan, pemandu kereta itu gagal mengawal kenderaannya lalu
terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan sekali gus
mengakibatkan kereta tersebut meletup
Kemalangan yang berlaku di Santa Clarica, utara Los Angeles itu
disahkan oleh seorang wakil bagi pelakon itu yang turut disiarkan oleh
laman web Fox News
paul walker mati kemalangan pelakon fast and furious
Laporan mengesahkan Paul Walker dan pemandu maut di tempat kejadian.
Dalam pada itu kematian Paul Walker juga disahkan menerusi laman rasmi
akaun Facebook peminatnya yang turut memaklumkan bahawa Paul
Walker berada di Santa Clarica untuk menghadiri sebuah pameran kereta
yang dianjurkan bagi tujuan mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di
Filipina
Sementara itu, pihak berkuasa tempatan turut mengesahkan dua orang terbunuh dalam kemalangan itu, yang berlaku pada kira-kira 3.30 petang waktu tempatan di Santa Clarita, California
Bagaimana pun identiti pemandu yang berada bersama Walker tidak
dapat disahkan lagi walaupun dilaporkan bahawa mangsa turut meninggal
dunia